Iklan Qaseh

Tuesday, September 2, 2014

Gabungan UNIK 15 Ramuan HEBAT Qaseh Gold Junior

Alhamdulillah..

Masih lagi diberi kesempatan untuk post entry di blog kesayangan saya nih..hihiihi..Tq ALLAH..hari ni saya nak bercerita tentang 15 ramuan HEBAT Qaseh Gold Junior dan bagaimana ianya dapat membantu anak2 syurga kita dari segi kesihatan fizikal dan mental..in shaa allah..
15 ramuan hebat Qaseh Gold Junior terdiri daripada 8 jenis makanan SUNNAH iaitu :  

1 ~ Kurma
Buah 1001 fungsi yang dikisahkan dalam surah Maryam! Kaya dengan gula semulajadi untuk membekalkan tenaga fizikal & minda. Kajian menunjukkan kurma mengandungi konsentrasi anti oksidan polyphenol yang tertinggi dikalangan buah-buahan kering. Amalan memakan kurma turut boleh membantu menstabilkan emosi. Kurma juga kaya dengan serat untuk membantu pelawasan.
2 ~ Madu
Dalam surah An Nahlu ayat 69, Allah telah memberi penegasan tentang kehebatan madu sebagai penawar kepada pelbagai penyakit. Tidak dapat disangkal lagi, madu kaya dengan vitamin & mineral untuk menyokong system tubuh yang sihat. Terkenal sebagai agen mencerdaskan minda & meningkatkan tenaga! Madu bercirikan anti bakteria, anti oksidan & anti virus untuk menguatkan sistem imun tubuh.
3 ~ Kismis
Kismis membekalkan tenaga & meningkatkan keupayaan minda! Bercirikan anti bakteria & anti oksidan supaya tubuh kuat melawan jangkitan. Mengandungi mineral yang melindungi gigi & mata serta menguatkan tulang.
4 ~ Delima
Antara buah yang disebut dalam Al Quran. Pepatah melayu ada memberi kiasan “merah bak delima merekah” ! Secantik isinya, delima juga kaya dengan vitamin & mineral serta anti oksidan yang dapat mengekalkan perjalanan darah yang lancer ke seluruh tubuh serta membantu membaikpulih sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas.
5 ~ Zaitun
Minyak zaitun cukup popular di Negara Mediterranean & merupakan salah satu makanan warisan Rasulullah SAW yang cukup unik. Minyak zaitun kaya dengan vitamin E & polyphenols, sejenis anti oksidan yang berupaya melindungi sel tubuh daripada kerosakan. Mengamalkan minyak zaitun dalam diet seharian boleh membantu memberi perlindungan awal kepada tubuh daripada risiko penyakit berbahaya seperti masalah jantung.
6 ~ Buah Tiin
Buah yang enak ini dipilih oleh Allah untuk bersumpah dengannya dalam surah At Tin & pastinya mempunyai nilai kesihatan yang banyak. Merupakan sumber mineral, vitamin & anti oksidan yang penting bagi meningkatkan keupayaan tubuh serta menguatkan system ketahanan tubuh bagi melawan jangkitan. Buah tiin juga dikatakan berupaya melegakan keletihan & merangsang kuasa otak.
7 ~ Habbatuus Sauda’
Juga dikenali sebagai jintan hitam. Dalam satu hadis yang cukup memberi harapan, Nabi Muhammad SAW menyifatkan habbatus sauda sebagai menjadi penawar kepada pelbagai penyakit melainkan mati. Kajian mendapati habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imun tubuh & membekalkan tenaga kerana cirinya yang anti bakteria, anti virus, anti histamine, anti fungus & anti oksidan serta dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti asma, bronchitis, eczema, alahan & batuk
8 ~ Air Zam Zam
Air yang penuh keberkatan & berupaya merawat pelbagai penyakit. Mengandungi mineral yang lengkap & seimbang yang dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh.
Qaseh Gold Junior juga diperkaya dengan herba & rempah tradisi pilihan seperti :
9 ~ Gingko
Gingko Biloba terkenal sebagai ‘herba minda’. Kajian menunjukkan gingko berupaya merangsang fungsi minda & menguatkan ingatan. Gingko mengandungi anti oksidan flavanoid & terpenoid yang melindungi saraf, otot, jantung, pembuluh darah & retina mata.
10 ~ Za’faran
Dikatakan rempah termahal didunia tetapi padat dengan khasiat kesihatan. Merupakan sumber mineral yang baik seperti kalsium, potassium, zat besi & zink yang sememangnya diperlukan untuk menyokong tumbesaran yang sihat & kuat. Baik untuk membantu melegakan masalah asma, insomnia, batuk, kemurungan & penghadaman.
Dengan TAMBAHAN :
11 ~ Badam
Badam termasuk dalam keluarga kekacang. Mengandungi riboflavin untuk merangsang aktiviti minda & meningkatkan stamina tubuh. Kaya dengan protein, vitamin E & mineral seperti kalsium, magnesium, potassium & zat besi serta anti oksidan flavonoid untuk menyokong kesihatan yang baik.
12 ~ Bayam
Adakah anda masih ingat dengan kartun POPEYE yang menjadi kuat setiap kali makan bayam? Tidak dinafikan bayam ialah sayuran padat dengan khasiat kesihatan. Mengandungi flavonoid yang berfungsi sebagai anti oksidan & anti inflamasi untuk meningkatkan kuasa system imun. Kaya dengan pelbagai vitamin & mineral seperti zat besi yang dapat membantu mengatasi masalah anemia & keletihan serta kalsium & magnesium untuk pembentukan tulang & gigi yang kuat.
13 ~ Gam Arab [ Manna ]
Juga dikenali sebagai gam akasia kerana didapati daripada pokok jenis tersebut. Merupakan prebiotic semulajadi yang dapat membantu menyihatkan usus & melegakan masalah sembelit.
14 ~ Pegaga [ Centella ]
Pegaga juga dikenali sebagai gotu kola, mengandungi banyak manfaat kesihatan. Antaranya untuk membantu melegakan masalah eczema, jangkitan pernafasan, asma, demam, selesema & insomnia. Pegaga juga dipercayai dapat meningkatkan keupayaan mental & mencergaskan tubuh.
15 ~ Garam Bukit
Garam semulajadi yang kaya dengan mineral. Membantu memperbaiki system pernafasan & melawan jangkitan, merangsang fungsi metabolic, mengimbangi PH tubuh, mengurangkan kekejangan otot, memperbaiki penghadaman, membantu penyerapan mineral dalam sel & menggantikan elektolit yang hilang [ketika muntah, cirit birit dan sebagainya].
Masyaallah..memang isi kandungan Qaseh Gold Junior ini sangat2 berkualiti & halaalan thoyyiban [halal lagi baik]. Untuk membina generasi yang cemerlang fizikal, intelektual & spiritual ianya haruslah bermula dengan pemakanan yang halal lagi baik..in shaa allah..
Renungan :
Antara makanan pilihan para huffaz [huffaz merupakan gelaran yang diberikan kepada seseorang yang telah berjaya menghafaz dan menjaga al-Quran sepenuhnya] ialah madu, kismis & kurma..
Terbukti Qaseh Gold adalah pilihan terbaik untuk anak2 kita..Qaseh Gold Junior WORTH for MONEY & WORTH for OUR CHILDS..dan dapatkan segera Qaseh Gold Junior hanya di Kedai Qaseh Gold
Salam Sayang,
Muslimah Marsi, 0193773408
Bersama Memartabat Makanan Sunnah

No comments:

Post a Comment